Labels

Monday, 18 June 2012

BILA PENCERAMAH BERSUARA

Bila penceramah bersuara...
Terdiam kaku pendengarnya
Menanti kalimah2 yg pelbagai rupa
Hujjah dan fakta berbaur sentiasa


Bila penceramah bersuara
Ada janji ada noda
Ada bangkangan dan jua sokongan
Ada selitan penuh harapan
Mungkin kisah semalam dan kini
Atau bayangan yg hampir mendekati

Bila penceramah kian meraikan
Raya yg hampir tiba
Penuh cerita bahan seloka
Mungkin ancaman munggugah bangsa
Atau fitnah merosak jiwa
Menyentap sejarah terlakar sudah
Membawa diri berkhayal sendiri

Atau .... 
Angkara musuh yg tak dikenali
Mungkin jua biasan hati yg diselaputi...

Atau .... 
Kerisauan yg menggigit nadi
Merobek damai yg dipadu janji
Menggenggam jejari mengetap tetap

Atau.... 
Suara yg akan menanti utk didegari
Suara senyap yg tak berbayang
Membelah sunyi yg menanti utk dimanjai...

Atau ......
Bila penceramah bersuara
Terlalu padat kata dan irama
Membuai rasa mambangun jiwa
Menyedar diri yg khayal tertawa
Bertaut kembali kasih yg hilang
Bangkit kembali nasib yg malang
Taubat diri dosa yg disandang

Bila penceramah......
Ops .......
Sabar dulu bro .....
Mic nya belum dipasang.Org tak dapat dengar pun..

Oh...penceramah pun tak perasan.
Hmmmm....

Manusia mudah lalai. 


Nukilan SuaraSenyap 
20.5.2012

No comments:

Post a Comment