Labels

Tuesday, 22 January 2013

DALAM PERJUANGAN INI


Dalam perjuangan ini
Bukan semua orang mengerti
Erti ketabahan
Erti kepedihan
Erti kebebasan
Erti tangisan
Erti kecekalan
Erti kesetiaan
Erti kepedihan
Erti kekuatan
Erti pendirian
Erti kemahuan
Erti tanggungjawap
Erti matlamat
Erti penyerahan
Erti kasih sayang
Erti kemampuan
Erti perjuangan

Penuh dengan ungkapan
Yang hanya mengerti diri ini
Hanya tuhan Maha Mengetahui

Cukup Allah memberi pertolongan
Memada Rasullullah jadi saksi
Yakin malaikat memayungi
Alam semesta yang dilalui
Memahami erti perjuangan ini

Alhamdulillah ….
Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Melihat
Maha Bijaksana Ya Rabb ….



Nukilan
SuaraSenyap
18.6.2012

BILA DUKA, SEPI MENEMANI


Bila hatiku berduka ….
Sepi mampir menemani diri ini
Membuai mimpi-mimpi semalam
Menarik bucu-bucu kenangan indah dibalik sinar kelam
Merintis tapak-tapak kaki yang bagai meluputkan bekasnya

Namun duka ini ….
Tak mampu menghurai garis-garis taqdir
Penuh liku-liku yang tak pernah ku mengerti
Tanpa sebab tanpa alasan
Cuma titik jernih yang menjurai di pipi
Menjelaskan makna terahsia tanpa upaya

Sepi hadir kembali
Menemani diri ini
Memujuk rindu kenangan semalam
Indah namun telah hancur dimamah mimpi
Penuh kepedihan yang tak terubat

Sepi mengheret duka yang dalam
Tanpa taulan berbisik membalut luka itu
Diri ini pasrah redha
Bukan bijak pilihan diri
Menerima wajar diakui
Hanya diri ini hamba yang kerdil

Walau seribu duka nestapa
Meraut diri bak sembilu menikam
Jurai airmata tak mampu merakam
Tirai taqdir yang tertulis

Maka …..
Diri ini hanya mampu pasrah berserah
Dalam kabut duka yang hanya ….
Diri ini mampu untuk mengerti sepi ini….

Nukilan
SuaraSenyap
15.11.2012

SEKALI LAGI PINTA KU ….


Sabar sayang ….
Bukan kita upaya mengoyak taqdir ini
Bukan tangan itu menyusun warna-warna kehidupan kita
Bukan luka yang memedihkan belahannya
Bukan duka menutup aroma bahagia
Bukan godaan penentu cabarannya
Bukan kenangan pengukur masa dan ketika
Bukan cahaya menzahir jelas warna
Bukan …
Bukan
Bukan semuanya

Anggaplah ….
Fana dunia belaka
Terima, redha seadanya
Walau kau tak dapat mengerti
Erti buih dalam lipatan ombak berseni
Namun cukuplah
Untuk kau ucapkan …
Kau tanamkan di hatimu

Alhamdulillah

Nukilan
SuaraSenyap
2012

HUJAN TURUN LAGI


Hujan turun lagi
Lebat sekali

Bumi digenangi air
Membina lautan pandangan
Penuh kedingian bumi menyambutnya

Bila hujan turun
Tiada guruh atau kilat menemaninya
Hujan turun lagi
Titik-titik hujan halus
Kabur pandangan
Namun bunyi hujan tetap nyata
Penuh rapat titik-titiknya

Hujan tetap turun
Bumi dah bah
Bumi lemas dengan air hujan

Nukilan
SuaraSenyap
2012

BILA SEMBOYAN HAMPIR BERBUNYI


Berderap langkah kaki
Menuju ke medan perang
Dengan semangat waja
Menentang musuh durjana
Ditinggalkan segalanya
Demi mempertahankan bumi tercinta

Si Munafik bersembunyi
Meracun akal dan minda
Menyiram api semangat perwira
Melemah matlamat jaya
Menghancur halus cara

Musuh tetap musuh
Ditentang habis-habisan
Tanpa alasan untuk kasihan
Kepada kita tak pernah percaya

Lawan tetap lawan

Nukilan
SuaraSenyap
2012

AKU TAK MENGERTI …


Kadang-kadang hati tidak mengerti
Mengapa ada bahasa yg tak sama rasa

Bukan utk cipta kecewa
Jauh sekali mengundang ranjau duka
Namun hati tak mampu mengubah
Takdir ketentuan tuhan

Penuh liku jejari bermain kata
Namun hati tetap tidak mendengar bisikan itu

Luluh dukaku
Melayan pilu yg keliru

Maafkan aku jika tak mengerti
Bahasa mu tak ku ketahui
Musuh sedang bernain api
Aku jua bukan malaikat tanpa dosa
Namun hati ini tetap menaruh rasa
Putihnya benar yang dinyata
Namun terpaksa ku telan duka
Yang mana aku jua yang mengerti
Duka yang tak pernah nak membetulkan sinar pagi itu

Ku telan pahit untuk ubat ini
Biar aku sahaja yang mengerti
Duka hati ku ….

Aku menangis lagi
Pasrah kepada Ilahi

Nukilan
SuaraSenyap
2.36 am
24.9.2012

TERBANG BEBAS


Bila kau terbang …
Merentas langit tinggi
Membawa seribu impian dan harapan
Memandang jauh ke atas dan bumi terbentang
Mengejar ufuk merah menghiba
Melambai bayu menghembus lembut

Bila makin jauh melayang
Kau tinggalkan seribu kenangan itu
Mungkin pahit bagai hempedu
Adakah mampu kau lupakan?

Sebuah impian digengamanmu
Bagai permata yang bertahta hiba
Mengungkap harapan yang penasaran
Atau mimpi yang gemilang jiwa
Namun siapa yang bijak meneka
Pasti akan tertanya …

Bila sudut hatimu kau kunci
Terbang melayang penuh rahsia
Hanya tafsiran andaian mengubah
Kisah mu dan cerita ku

Bukan semua kau mengerti …
Tentunya kami jua begitu
Rahsia tetap rahsia
Bicara sunyi di hati kita
Tak pernah bersuara ….

Nukilan
SuaraSenyap
2012


SEDARLAH DARI MIMPI ITU …


Bangun ….
Bangun …
Kamu masih bermimpi
Mimpi indah melumpuh diri
Medan juang telah kau lupai
Langkah mu sama tak punya erti

Bukankah musuh yang patut kau atasi?
Menghunus senjata menikam diri
Menyerang dalam kelam gempita
Melayan medan tapak sendiri

Musuh telah menyelinap dalam hatimu
Menarik tangan mu merobek hatimu
Membawa khayal berpaksi impian
Kisah mereka ……
Yang cuma sang pelipurlara

Buka matamu …
Jangan bermimpi lagi
Bunuhlah musuh yang sebenar dirimu
Bukan yang jauh merentas tujuh lautan
Adakah kau tewas memahaminya ?

Bukan aku ….
Bukan dia ….
Bukan mereka …
Tapi kamu ….
Yang masih bermimpi
Menjadi musuhku

Bersedialah untuk menentang ku

Nukilan
SuaraSenyap
2012

MASA BERLALU ANAK KU KIAN DEWASA


Hadirmu anak …
Bagai mimpi dalam jaga
Tak pernah tergambar namun itulah impian
Masih tetap menjadi kenangan
Kurnia awal sesudah perkahwinan

Tika kau ku baringkan di sisi
Hati teruja dengan syukur terpingga
Kau hadir cahaya jiwa
Kasih tertumpah bagai mencurah

Namamu kusamakan maksudnya
Berbeza kalimah namun itulah tandanya
Belai kasih sayang harap sentiasa
Menyambung perjuangan ku di medan yang lapang
Tak pernah dirungkai penuh rahsia

Aku pewaris perjuangan ini
Kau, anakku pasti menyusuli
Bukan perlu dinanti atau dikesali
Hidup mati tangan ini yang mencari

Kini kedewasaanmu kian ketara
Hati dara mencari teruna
Tak mampu ditahan rasa cinta
Namun harapan tetap disandarkan
Insan agama jadi taruhan
Al quran dikelek,dijunjung, dicium dan dipeluk

Apakah kau akan berjanji dengan ayah?
Terus menyambung juang yang tak sudah
Dalam mimpi nyata dunia
Sampai akhirat semua dikumpul bersama
Moyang, datuk, nenek, ayah dan ibu
Kau hadir bersama dia dan dirimu

Janji kepada kami
Selesaikan persiapan yang perlu
Ayah menanti langkah mu
Berjuang adalah jalan generasi kita
Sama-samalah

Kau mengerti …..

Nukilan
SuaraSenyap
2012

BILA FIKIRKU TERHENTI


Mungkin diri tidak upaya
Menjangkau  warna-warna taqdir yang terjalin
Merampas kemelut dakwat warid-warid
Yang menjunjung perintah Ilahi
Dalam ungkapan yang tersembunyi

Mungkin akal tak mengerti
Nilai-nilai antara bala dan nikmat
Bukan cukup untuk dikupaskan
Faham belum bermakna mengerti
Jelas bukan bererti memahami

Bila fikir telah terhenti
Hanya saksi lagi menyaksi
Tanpa mengerti erti
Jauh tersembunyi diri ini

Tanpa rasa akal menjelma
Membawa pagutan ungkapan rasa
Jauh menjangka namun punah segala
Merisik mimpi yang bukan sekata
Di antara jalur nyata atau khayal belaka

Cukup untuk diketahui
Setakat titik air jatuh kebumi
Akal tersembunyi ungkapan tak bererti
Silau dunia menghancur hati

Ah …..
Akal terhenti
Di atas batas faham dan erti
Namun cukup
Cukup ….

Setakat ini….

Nukilan
SuaraSenyap
17.12.12