Labels

Friday 10 August 2012

KENANGKANLAH MEREKA .... YANG MEMINTA


Tuhan Maha Adil
Menjadikan seluruh alam
Memberi kita iktibar

Bulan Ramadhan penuh hikmah
Mengingatkan insaf diri atas insan yang malang
Tanpa kediaman
Sering kelaparan
Penuh kesengsaraan
Duka membalut hati
Pasrah menanti kurnia
Dan simpati .....
Tangan-tangan  yang memberi

Tiada impian sebesar mimpi
Tiada kenyataan membuai harapan simpati
Tangisan derita mengusap lubuk hati yang mengerti
Tiada airmata gembira atau bahagia
Hati anak cuma tahu menghulur meminta

Ingatlah saudara ku
Nikmat yang kita perolehi
Mati kerana makan punca derita sakit bagaikan hujan
Kecewa dalam bahagia tak syukur dengan kurnia
Membazir sudah diperingat sahabat syaitan
Tapi dunia masih melalaikan

Sesuap makan penyambung nyawa
Seteguk air memberi bahagia
Mangapa dilupa mereka yang sengsara
Tafakurlah dalam mimpi nyata ini
Hulurkan jejarimu atas derita mereka

Puasamu mu tak bererti jika kau tak mengerti
Helakan nafas sesaat
Bukan menghina sisa-sisa rezeki yang telah kau nikmati

Bukankah senyum itu derita mereka?
Bukankah sisa itu nikmat mereka?
Bukankah hati itu pautan jiwa kita dan mereka?

Fikirkan sesaat jiwa alpamu
Untuk seketika cuma .......

Nukilan
SuaraSenyap
11.8.2012

(Membazir makanan tanda menghina rezeki tuhan yang telah dikurniakan)

No comments:

Post a Comment