Labels

Saturday 28 July 2012

TUHAN .... Hambamu merayu


Ya Allah ....
Tuhan yang ku cintai
Hanya pada MU tempat aku merayu

Ya Allah ...
Aku memohon merayu kepadaMU
Dengan keluasan kekayaan MU
Limpah nikmat rezeki bertambah
Hamba lemah,dhoif dan hina

Tutupkanlah lompang-lompang yang mengusik jiwa
Yakin dengan kuasa KudratNYA
Tetapan Azali nyata kuasaMU
Pohon jua atas perintahMU
Hamba layak dengan izinMU

Aku mohon Ya Allah
Aku rayu Ya Allah
Jiwa tetap dalam tanganMU
Ruang rezeki limpah kurniaMU

Buat damai diri ini
Mudahan diangkat maruah diri
Berjuang da`i  menggerak jiwa
Memenuh harapan merubah sedaya
Bukan kerana dunia
Bukan kerana diri semata
Cukup menerima keperluan sahaja

Tolonglah ... Ya Allah
Cinta ku tak pernah berubah
Rayu hati tak pernah menyanggah

Tuhan Pengasih
Kaya memiliki segalanya
Bukti tujuh petala langit dan bumi

Ya Allah ....
Ya Rabbi ...

Engkau Maha Mengetahui ...
Rayuan hati ini

Nukilan
SuaraSenyap
29.7.2012

KALAU PUASA ....

Kalau puasa ....
Ingat ....
Niat kerana Allah SWT

Masa berlapar panjang
Jaga-jaga ....
Jangan berkata sia-sia
Jangan banyak tidur pula
Jaga pandangan melihat segala
Hati berzikir kenang si miskin berduka

Puasa hati ...
Puasa jiwa
Puasa mata
Puasa telinga
Puasa hidung
Puasa tangan
Puasa kaki
Puasa kata-kata
Puasa impian bahaya
Puasa dengan mengungkap rahsia

Orang puasa ...
Membawa bahagia
Afiat jiwa dan raga
Merubah hati membawa jaya

Jangan puasa pura-pura
Jangan puasa kurang nilainya
Jangan puasa rosak aqidah
Jangan puasa bermegah sahaja
Jangan puasa makan loba
Jangan puasa batuk di tangga

Jangan tak puasa
Puasa lah ..... dengan sebenar-benar puasa

Nukilan
SuaraSenyap
29.7.2012

TANGAN KECIL MEMAUT JARIMU


Tangan kecil anak itu
Memaut jari telunjukmu
Membawa hati mengerti
Yang mungkin tersembunyi
Harap kau memahami ....

Tangan dan jari-jari anak itu
Halus tanpa noda
Memaut erat jari telunjukmu
Mengikat kemas di hati kalbumu
Mungkin dunia ini belum dia mengerti
Indahkah atau bahaya?

Tangan kecil itu bersih suci
Tanpa noda dan dosa
Masih merah dengan doa harap bahagia
Jangan kau biar tangan itu .....
Merobek hati mu
Menghancur dunia
Merampas sejahtera
Menarikmu ke medan bahaya

Tangan kecil itu mungkin belum mengerti
Bahaya muslihat dunia
Di balik awan bersalut emas bercahaya
Penuh bisikan beracun meresap di jiwanya

Tangan mu masih utuh
Peganglah dengan lembut tangan yang mengharap itu
Dengan selembut bayu pagi
Sehalus titik-titik embun menyegar pagi

Ah .....
Jaga-jaga
Tangan anak kecil itu hampir terluka
Dek duri semalu yang kau tak jaga
Mungkin anak kecil
Akan menangis .....

Mungkin duri itu berbisa .......

Nukilan
SuaraSenyap
29.7.2012

MAHKOTA ITU UNTUK MU


Mahkota ini untuk mu .....
Hanya sebagai pinjaman
Sementara kau masih di dunia
Bukan untuk selamanya

Mahkota ini ....
Adalah amanah yang patut kau jaga
Bukan sekadar untuk hiasan semata
Terpikul amanah setia
Kan ditanya setiap suara
Yang kau pasti mengerti
Mereka akan tentu bertanya
Setiap patah amanah setia

Mahkota ini cuma
Mimpi ngeri atau damai bahagia
Terlorek di atas kertas
Atau sebutan alam buana
Menjegah zaman atau cuma seketika

Mahkota indah milik kita
Bukan barang mainan dalam kata-kata
Mungkin hanya bayangan dunia yang fana
Digonggong rasa nafsu indah
Dipimpin syaitan celaka
Dibuai indahnya suara dunia
Diperdaya iblis angkara

Ingatlah bahawa mahkota ini
Mungkin dalam mimpi yang nyata
Jangan terpaku dengan kilaunya
Kerana mahkota itu milik seketika
Pabila maut menjelma
Mahkota berpindah milik mencari warisnya

Mahkota ini penuh makna
Jangan terpedaya
Helah musuh atau muslihat bara
Milikmu .....
Kau jaga
Kau pelihara
Seadanya halusi setiap uratnya

Mahkota,mahkota .....
Seribu makna seribu bahaya
Jangan kau cuba memainkannya
Kelak bahaya kan menimpa
Diri tersiksa lalai puncanya

Jangan tangan yang menyambut mahkota ini
Tak bisa memegang dengan erat
Takut hancur mahkota
Roboh kota
Punah harapan
Pilu impian

Kau terimalah mahkota ini ......

Nukilan SuaraSenyap
29.7.2012

Friday 27 July 2012

SABAR SAYANGKU ....



Sabar sayangku .....
Semua itu hanya dugaan hidup kita
Untuk menguji setia hati kita
Kepada NYA ...

Sabar sayang ku ....
Masih banyak limpah rahmat tak kita sadari
Meliputi kehidupan ini
Tanda kasih tuhan untuk kita
Yang besar tanpa harga
Tetap sampai penuh nikmat
Berkat tetap sama diikat
Dengan janji yang telah di penuhi

Ingat sayang ku ....
Hidup kan bebayang mati
Yang menguji iman dan hati
Tautan jiwa ke arah mana ia berlari
Tutupan hijab itu belum kau rungkai lagi

Terimalah sayang
Tiap-tiap langkah taqdir yang tersusun rapi
Di jalur barisan kalam Azali
Mungkin hikmah menanti ...

Cuma tenangkan akan taqdir ini
Perpisahan itu cuma neraca hati
Sukatan cinta jangan terlepas pergi
Engkau jangan curang dengan janji yang telah terpatri

Peganglah tangan ini
Kita sama-sama akan merentas benua duka ini
Bersama mencari intan kurnia Ilahi
Tak tersembunyi di balik batu sebesar zarah pun
Limpah kurnia tak tergambar untuk diungkap

Dalam bala ini ada nikmatnya
Dalam nikmat ini ada balanya

Harap kau akan lebih mengerti .......

Nukilan
SuaraSenyap
28.7.2012
 

DALAM SANGKAR INI AKU TERPENJARA ...


Aku terpenjara ......
Dalam sangkar kehidupan
Antara nyata dan khayal
Mimpi hidup menjerut jiwa
Duka hati memerit rasa

Penuh persimpangan berliku
Keliru dengan rasa hati tak menentu
Bagai mimpi nyata terjaga
Namun mimpi terlipat dalam taqdir ini

Sulaman hati berangkai jejari cebis hati
Kekadang mengundang derita perit memedih lubuk jiwa
Namun di atas landasan taqdir
Tetap ku lalui garis-garis kalam Azali

Bukan di sini kesudahan mimpi ini
Jaga ku tika maut menjengah
Mimpi dunia penuh muslihat
Sangka baik lebih menyelamat
Aqidah tauhid pegangan kukuh seampuh keramat

Persimpangan ini memaksa ku
Mungkin tersalah
Mungkin tergagah
Mungkin tergoyah
Mungkin diselimuti diri ini dengan cadar itu

Namun aku pasrah
Redha ku genggam erat
Tanda setia menerima
Yang baik nyata daripadaNYA

Daya diri ku tiada
Kosong bagai jirim tanpa berjisim
Menawar mimpi-mimpi indah
Disebalik jeriji penjara sangkar ini
Aku menanti .....

Dibawah kalimah saksi
Ulang kali ku ucapkan
Sedalam iman hakikat
Yang haq tetap membenarkan

Siapa aku ....
DIA jua tujuanku ...

Nukilan SuaraSenyap
28.7.2012

BUKAN UNTUK MENGGODA ....


Bukan untuk menggoda mu
Sedikit pun tidak berniat sekalipun
Maafkan aku jika hatimu terguris
Melukai hatimu .....

Jika kau anggap aku nak menggoda
Elok kau bersihkan hati mu
Semua pandangan kosong belaka

Jangan terhenti pandangan
Pada dunia fana
Cuma godaan belaka
Dunia indah, cantik, lazat
Cobaa aan semata .......

Aku sayang kamu kerana Allah ....
Bukan atas niat sebaliknya
Rasa kita kongsi bersama
Nikmat tuhan kita syukur jua

Mari renung tanpa berkedip
Nikmat tuhan dalam rasa ini
Hebat kejadiaan yang dicipta
Menimbul rasa pelbagai
Mengganggu nafsu bergelojak

Ingat-ingat sayang
Lama-lama jadi makruh ....

Bukan lah niat ku untuk menggodamu
Sekadar berkongsi rasa nikmat segala
Pandangan mata disyukuri hendaknya
Ah ......

Aku pun dah tergoda
Petang ni nak buat macam ni lah

Hahahahahaha.....
Kita sama saja
Akhirnya tergoda

Nukilan SuaraSenyap
27.7.2012

Saturday 14 July 2012

WAH ... ANAK AYAH DAH BESARLAH


Eh ....
Tak merasa ye
Anak ayah dah besar
Tampak hebat dan bergaya
Moga jadi pewaris gemala
Petah bicara sukalah jiwa

Apa?
Anak ayah nak tanya ?

Kenapa ayah tak solat?
Kenapa ayah lambat solat?
Kenapa ayah lalai solat?
Kenapa ayah tak ajak anak solat?
Kenapa ayah tak nak jadi imam solat kat rumah?
Kenapa ayah tak nak solat kat masjid surau?
Kenapa ayah tak nak ajar kami solat?
Kenapa ayah tak tegur ibu bila tak solat?
Kenapa ayah tak marah kakak tak solat?
Kenapa ayah tak nampak suka bila saya solat?
Kenapa ayah biar semua orang dalam rumah tak solat?
Kenapa ayah tak rapat denga orang yang rajin solat?
Kenapa ayah tak nak belajar solat kat ustaz/imam?
Kenapa ayah ringan-ringankan perkara solat?
Kenapa ayah lupa pesan atuk dan nenek supaya solat?
Kenapa ayah lupa solat tu kan tiang agama?
Ayah kan tahu solat tu perkara yang awal-awal ditanya di akhirat nanti...
Ayah tahukan orang yang rajin solat tu orang yang baik dengan tuhan

Ayah .....
Nak tanya lagi lah
Kenapa ayah diam?

Anak ayah dah besar rupanya ....
Petah bicara banyak bertanya

Emmmm....
Ayah tengah fikir ni ...

Ayah ....
Kenapa ayah fikir lama sangat?

? ? ?

Nukilan SuaraSenyap
15.7.2012

MAKAN,MAKAN,MAKAN


Makan,makan,makan
Banyaknya makanan
Tak termakan
Telajak sakan
Pagi makan
Tengahari makan
Petang makan
Senja makan
Tengah malam makan
Dalam tidur makan
Jaga pun makan
Seorang pun makan
Ramai-ramai pun makan

Sedikit makan
Banyak makan
Di kampung makan
Di pekan makan
Sedih makan
Gembira makan
Marah pun makan
maki pun makan
Malu pun makan
Sombong juga makan
Garang lagi makan
Tak suka asyik makan
Benci juga makan
Lewat sempat makan
Cepat makan
Puasa makan
Tak puasa makan

Makan suap
Makan sikit
Makan banyak
Makan malu-malu
Makan sorok-sorok
Makan tayang-tayang
Makan gelojoh
Makan tamak
Makan kedekut
Makan dalam
Makan orang
Makan hati
Makan rasuah
Makan ulam jantung hati
Makan kawan
Makan tuan
Makan ......... hehehehe rahsia la

Macam-macam makan
Hah ... kan dah fikir fasal makan

Jom...
makan ... makan ... maaaaaakaaaan

Nukilan SuaraSenyap
15.7.2012

TANGAN IBU BERURAT ...



Tangan ibu dah berurat
Telah lama usia menjengah
Pelbagai pahit getir dirasa
Gugur titik airmata
Gembira bahagia
Hujung mahkota mungkin dijamah
Onak duri luka mencacah
Perit getir menggetar nadi
Tangan ibu yang berurat itulah yang menjamah

Tangan itu jualah yang pernah memapah
Tubuh kecil bertatih
Menyuap butir-butir rezeki anak itu
Mengusap lembut kasih sayang
Mencengkam hujung saprah permaidani kehidupan
Menyapu tangisan dara kecewa
Menekan ulu jantung pemuda malang
Memangku tanah hamparan dunia

Tangan berurat itu jua
Menadah tangan mohon sentosa anaknya
Olesan lembut harapan dan harapan
Tulus bukan bererti makna
Munajat hingga bengkak kakinya
Di atas sejadah kusam semalam
Penuh darah tempat sujudnya

Bukanlah tangan berurat itu tanda kecewa
Melainkan jasa permata delima

Kenapa kau tak jamah tangan berurat itu?
Sayang.....
Tapak tangannya kau tak cium dan kucup
Penuh kalimah dan juga barakah
Kesan hujan bercampur darah masih bersisa

Tuangkan setitik air kautsar ...
Hiruplah nikmat tangan berurat itu

Tangan ... tangan ... tangan ...
Ibu tua yang telah kau lupa
Kerana tangan kau jua akan ....
Berurat ...

(Kumohon doa untuk semua ibu-ibu yang berjasa.Semoga sejahtera dan mendapat keampunan dunia akhirat)

Nukilan : SuaraSenyap
15.7.2012


Sunday 8 July 2012

JANGAN BERMIMPI


Jangan bermimpi nak kaya
Kalau usaha tiada
Cakap saja
Auta merata-rata
Kaya bukan umpama kata
Penuh usaha jiwa dan daya
Doa dipadu di dalam jiwa
Anugerah limpah kurnia Ilahi

Jangan bermimpi nak berjaya
Sekadar tabur janji ternoda
Susun jemari dikusut mimpi
Langkah tak sama dengan tarinya
Khayal masih dibuai rasa
Berjaya perlu kukuh jiwa
Semat hati berpaku bumi
Hati kukuh padukan teguh

Jangan bermimpi bahagia
Sekadar suka dalam pura
Tanpa memaham erti bahagia
Cukap kata penghias bahasa
Bahagia luas terbentang ...
Bahagia dalam cahaya sirna
Rahsia terukir di dalam gemala
Tetap milik bagi sang ratu
Bukan mimpi turut terpadu

Jangan bermimpi syurga
Jika solat lintang pukang
Kalam tuhan pun masih teraba
Tauhid bukan pada yang esa
Diri masih tak sedar di mana
Syurga milik tuhan atas kurnia
Bukan milik kita sewenang meminta
Tanpa sifat hamba rosak segalanya
Tuhan itu Maha Bijaksana
Turut perintahNYA tinggal laranganNYA

Jangan bermimpi lagi
Hidup ini ibarat mimpi
Maut menanti terjaga segala
Adakah menipu diri terperi
Musnah segala yang telah di janji
Menangis diri ......

Kerna mimpi-mimpi itu nyata kembali
Di dalam mimpimu ....

Nukilan
SuaraSenyap
8.7.2012

Friday 6 July 2012

RAHSIA DUKA KU


Mungkin kau ketawa
Mungkin jua kau tersenyum
Jika aku bongkar rahsia duka ku

Betapa bahagia aku bersama alam
Siang dan malam
Melihat indahnya kurnia Tuhan
Langit yang saujana mata memandang
Tilam empuk ku hanya bumi yang gersang

Lagu pujaan ku hanya herdikan dan cacian
Makanan ku hanya sisa yang mereka buangkan
Duka ku hanya kisah yang telah lama dipinggirkan

Wang ringgit bagi ku hanya kertas-kertas kosong yang tak bernilai
Rumah ku di mana saja tuhan letakkan
Impian ku hampir tiada dalam kenyataan

Mungkin aku dihina dan di cerca
Tapi aku bahagia dan redha ...
Kerana aku tidak pura-pura
Segalanya aku terima dengan terbuka
Ku buktikan dengan tawa ku yang tak pernah perpadam

Mungkin bila maut menjelma
Aku menanti saat bahagia
Adakah hidupku sama seperti ini jua
Harapnya aku lebih bahagia ...
Aku percaya ...

Nukilan SuaraSenyap
7.7.2012

LANGKAH MEMANJAT TANGGA ...

Ada tangga
Yang tegak dihadapan
Perlu dipanjat dengan langkah yg gagah
Siapa yang akan memulakan?
Langkah-langkah itu
Pasti akan dapat merasa
Tiap langkah yang melelahkan

Satu ... satu ...satu
Bilangannya tak berjumlah
Bukan jua langkah ....

Mungkin engkau melihat cahaya di hujung tangga teratas
Gambaran impian kemuncak harapan
Menjadi kesudahan langkah terakhirmu
Harga langkah-langkah itu mungkin ada di sana

Pergilah ke tangga itu
Langkah-langkah rindu bersulam jitu
Dengan bekal dengan cekal
Penuh semangat jangan pudar

Di mana tangga itu?
Agar dapat dilangkah
Satu ... satu .. satu ...

Tangga itu milik mu ...

Nukilan SuaraSenyap
7.7.2012

WARNA DI MATA

Warna di mata mungkin menggambarkan sesuatu
Rahsia tersembunyi disebalik hati
Mungkin ada duka
Mungkin ada bahagia

Cahaya memberi sinar
Pelbagai warna kehidupan
Yang penuh rahsia
Tersembunyi jua tipu daya
Kebenaran mungkin ada benarnya

Sinar mata bagaikan pelangi pagi
Menggambar isi hati
Terungkap disebalik jendela hati
Dalam kerdipan ada misteri
Tanda mati atau terkaku lagi

Lihatlah mata ini
Jendela seisi dunia
Teruji segala insani
Benar salah nya pilihan sendiri
Jangan tertipu dengan mata
Jangan bermain dengan rasanya

Mata ini ...
Perlukan satapan
Yang bukan untuk dimengerti
Penuh loba kuat rakusnya

Syukur mata ini
Terbuka mengusap pelangi
Penuh tipu daya duniawi
Atau anugerah terperi

Mata hati masih tidur lagikah .....
Dalam cahaya warna-warna mata ini?

Nukilan SuaraSenyap
7.7.2012

Tuesday 3 July 2012

DURIAN ...DURIAN ...

Wah banyaknya durian
Berpusu-pusu mereka mengerumuninya
Baunya dah terasa
Ramai yang menggila

Durian raja buah
Itu kata orang atau mungkin dah di nobat
Pukulan durian ...
Buah durian jadi pilihan
Buah lain dipinggirkan

Ramai juga yang tak makan durian
Busuk katanya memualkan
Kalau yg hantu durian
Apa kisah ... sampai demam pun di hantam

Musim ni durian tercabar
Musim hujan ramai yang demam
Batuk selsema berjangkit merata
Yang darah tinggi jangan nak siksa
Ambil bau sikit je ...

Uhuk ... uhuk .. uhuk ...
Batuk selsema cepat la pergi
Musim duria berlalu pergi
Tak sempat nak menikmati

Durian ... durian ... durian

Monday 2 July 2012

MUNAJAT DIRI

Tuhan .....
Aku menyeru nama MU
Dengan kasih sayang kurnia MU
Dengan gerak pertolongan MU
Dengan mampu hidayah MU

Aku hambamu yang kerdil
Tak mampu menggerak sebesar zarrah pun
Tapi tetap menghadap akan sifat Rahman MU
Tetap hati menghadap kepada MU sentiasa

Mengiring jalur-jalur taqdir yg ada di Azali
Genggam kudrat MU
Atas Adil dan Bijaksana MU
Kekuasaan MU tetap ku akui
Bersaksi Nabi yang Engkau muliakan

Ya Rabbi ....
Suara lembutku hanya mampu menyapa
Rindu hati kepada MU tak berkesudahan
CINTA kurnia ku harapkan
Dalam doa penuh impian

Redhaku ....
Atas menentu segala sesuatu
Kurnia tetap ku syukuri
Bala tanda adil MU
Sentosa jiwa dalam mengingati

Memaham diri ku
Akan kabad dan bashad
Penuh rahsia belum terungkai
Genggam erat antara ....

Hamba dibawah perintah MU

Nukilan
SuaraSenyap
3.7.2012

GORESAN CINTA DI PANTAI BERPASIR ......



Masihkah kau ingat .....
Tika kau goreskan lambang CINTA
Di atas pasir itu
Dengan tawa dan gembira
Sungguh-sungguh kau melakarnya ...

Aku terpaku bahagia
Antara dingin hembusan bayu
Dapat ku rasa ....
Jejarimu tak pernah menipu
Bahasa jiwa bahasa CINTA

Kini lakaran itu telah tiada
Dihapus lembut oleh ombak semalam
Hilang membawa seribu kenangan
Membawa manis saat-saat bahagia
Gemilang rasa tenggelam dijiwa

Tapi goresan lakaran CINTA mu itu
Masih ku rasa disudut hati ku
Walau sudah hilang dari pandangan seorang kekasih
Tetap tersemat kalung mahkota
Yang ku bawa .....

Dikau di mana?
CINTA yang ku cari telah tiada
Bayangnya pun bagai dipukul taufan
Diri yang menanggung rasa

Ketawa ......
Tiba-tiba
Kenapa ?
Kenapa ?
Kenapa ?
Nukilan SuaraSenyap3.7.2012

KAMU KETAWA?

Kamu ketawa ?
Kerana gembira dan suka ?
Kerana bahagia dan teruja ?
Atau ada satu rahsia .....

Bila kamu ketawa ...
Jangan lupa yang sedang berduka
Jiwa sengsara tak pernah dinyata
Mungkin rasa ketawa wayang belaka
Atau ikhlas sebenarnya

Ketawa , ketawa , ketawa ...
Pasti kah ketawa itu gembira
Entah racun yang berbisa
Menjerap halus membunuh jiwa
Jiwa yang merana dan tersiksa

Mungkin ketawa ada penawarnya
Ketawa ibarat ubat bahagia
Yang dinanti dan dirasa
Bukan semua dapat kurnia

Ketawa bukan dipaksa atau memaksa
Ketawa hanya penghias rasa
Wajah gambarkan segala
Gerak menyata jiwanya

Ketawa ..... ketawa ....
Sakitkah hati mendengarnya
Atau sama-sama merasa nikmatnya
Ingat lah adab tika melakukannya
Agar tidak dilupa ....

Siapa yang mengurnia ketawa?
Siapa memberi ketawa?
Siapa anugerah bahagia?
Siapa yang ketawa?
Siapa diketawa?
Hahahahahaha .....
Eh aku ketawa kah?

Nukilan SuaraSenyap
2.7.2012

INI MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU

Ini tanah tumpah darahku
Yang ku kasih dan sayang
Tempat aku dilahirkan
Di tanah ini aku dibesarkan
Disini aku mendapat kegala kenikmatan
Kebahagiaan dan keharmonian
Melihat langit terbentang luas
Menjamah bumi yang dikurnia Ilahi

Ini tanahairku
Ditaqdirkan hidup bersama-sama
Tak kira bangsa dan bahasa ibunda
Berlainan agama bersama menjaga
Harmoni dan bahagia membina 1Malaysia

Bumi Malaysia tercinta
Telah bergerak deras menuju arus masa
Bangun memacu kejayaan yang dibangga
Negara membangun yang dicontohi semua
Berkat usaha gigih pemimpin yang ikhlas
Raja memayung kedaulatan negara
Perwira hulubalang jangan dilupa
Mencipta nama dipersada dunia ...
Namun dibumi ini ...
Tetap ada musuh khianatnya
Cuma meracun merosak minda rakyat jelata
Sejarah cuba dirobek dek tanpa rasa berdosa
Nilai harmoni cuba diwarna dengan kata fitnah belaka
Musuh itu tak pernah tidur mahu pun leka
Dihambur dengan cerita yang direka-reka
Sedikit demi sedikit budaya dan jiwa Malaysia
Dirungkai mereka dengan janji manis pembohong belaka

Ingat wahai warga .....
Tiada lagi tanah bertuah ini untuk tuan hamba
Mana tanah merdeka yang dapat disama
Dengan kurnia yang tuhan telah kurnia
Saksikan indahnya negara tercinta
Banyak berjasa dan unik kehidupannya

Jangan dirungkai janji setia
Jangan dipisah taat setia budaya
Jangan dihancur muhibah sesama kita
Jangan dilayan racun pendusta
Jangan berdiam ketawa dek kisah lebai malang
Jangan dikhyal dengan mimpi-mimpi sian Mat Jenin
Jangan diimpi semangat juang Jebat derhaka
Jangan termakan fitnah Si Kitol
Jangan terbuai dengan dunia orang kata ...

Jangan lupa jua pesankan kepada anak bangsa
"Ini tanahair kita.Jagailah bersama dengan Jiwa yang Merdeka"