Labels

Monday 25 June 2012

Bicara Tuah dan Jebat ....


Hei Jebat, lebih baik kau turun dari istana
Pertarungan kita hilang saudara
Musuh hamba petualang negara
Bukan itu pilihan jiwa
Taat setia janji perwira
Tak usahlah kau mendabik dada

Abang Tuah ...
Rindu sungguh hati hamba
Kepada saudara yg hamba mulia
Derhaka diriku kerana membela
Inaya durjana terhadap saudara
Membela hamba atas nama keadilan
Dengan pembalasan dengan kedurhakaan
Walau pun dengan pemerintahan sultan
Tetap hati kuat memperjuangkan
Apa cara janji kemenangan
Tekad kebenaran jadi taruhan
Biar diri akan dipersalahkan
Durhaka untuk membela kebenaran

Jebat ....
Dirimu telah durhaka
Taat raja satu kewajipan
Cara durhaka bukan mainan
Untuk menjadi jaguh perjuangan
Bangsa kita taat kan raja
Dituntut jua dalam agama
Menghalalkan cara yang haram tindakannya
Hanya merosak iman dan bangsa

Abang Tuah ...
Pedih sungguh keris Taming Sari
Menikam dalam di lubuk hati
Musnahnya diri kerana mencintai
Saudara yang tidak terbela lagi
Biar diri termusnah kini
Di tangan saudara yang ingin diadili
Balutkan luka di perut ini
Akan ku amuk serata negeri
Agar terbalas kesumat hati
Dendam ini tak semua mengerti
Bumi Melaka kan berdarah seisi

Jebat ... Jebat ...
Fahamilah kenyataan ini
Engkau tercatat perwira durhaka
Membela semata ukuran rasa
Akal dan agama nyata bicara
Taat raja sayangkan bangsa
Nusa tetap perlu dibela
Bukan merosak seluruh negara
Hanya sedikit mengharap cita-cita
Memusnah jiwa merosak segala

Aku tetap bangsa Melayu
Yang tetap setia kan Raja
Berkorban segala atas amanah
Rakyat menjunjung raja yang mulia
Agama jua menuntut haknya
Hilang saudara janji sejahtera
Bumi Melaka Gemilang Sejahtera

Tuah ..... Tuah ...
Ah .... bisanya luka ini ...
Aku merasa akan muncul lagi Jebat durhaka
Bila masa beredar .....
Apakah mereka akan dihukum oleh mu lagi Tuah?

Nukilan SuaraSenyap
26.6.2012

Wednesday 20 June 2012

KEMBALI UMNO/BN MENANGI BAGAN SERAI


Anak muda ....
Mari sambut tangan ku
Sama-sama hati berpadu
Menangkan parti keramat ini
Di kampung di bandar kita menyeru
Agar BN/UMNO dapat kuasai
Bagan Serai setiap inci

Kita telah rasai
Perit dibawah pimpinan mereka
Kemajuan kita yang bina
Hanya keliru dan tertanya-tanya
Apakah kita tidak upaya
Membangkit semangat jiwa semua
Menyokong pimpinan PM kita

Bukti telah ada ....
UMNO/BN telah nyata jasanya
Ruang transformasi tergerak semua
Jiwa kita kena kukuh menadah juangnya
Jangan biar suara nadi rakyat kecewa
Walau siapa yang diangkat ke muka

Tetap kerja berpada kita setia
Kukuhkan janji untuk berjaya
Agar bumi kawasan ini
Bergema suara ....
UMNO/BN pejuang warga
Membangun tanah merdeka
Berdiri megah menyambut suara
Kejayaan dan kemenangan

Tapi harga untuk berjaya
Bukan semata wang ringgit utama
Atau jawatan yg dianggap mulia
Tapi parti yang terpercaya
Terbukti semua di depan mata
Penuh ukhuwah berkobar jaya

Ikhlas hati untuk setia
Tekadkan jiwa agar bersama
Mendokong panji-panji parti kita
Mulia semua tepat maksudnya

Lupa sebarang sengketa
Matlamat Bagan Serai bukan jenaka
Semua telah mengikat rasa
Bagan Serai akan tetap ....

Milik UMNO/BN akhirnya ...
Insya Allah .....

Nukilan
SuaraSenyap
21.6.2012

BILA MIMPI TERJAGA


Bila mimpi terjaga
Ada sesuatu yg ingin dinyata
Antara khayal dan tipu daya
Permainan dunia atau fatamorgana
Silau makrifat atau hakikat dir

Waktu aku bermimpi
Semuanya bagai nyata sekali
Mimpi bukan santapan diri
Yang memohon simpati
Atau jalinan imiginasi

Kala di garis mimpi
Aku teralpa dgn nya
Mimpi atau nyata
Suka atau duka
Semua sama sahaja
Terlonjak diri
Mencari rantai taqdir Ilahi
Terahsia dalam alam ini

Jaga dari mimpi
Masih terikat dengan mimpi
Yang menarik diri tenggelam dalam mimpi
Asyik menjamah bulan dan bintang
Terasa indah kejadian alam ini
Termasuk mimpi dan hati yg dinobatkan rasa dan emosi

Mimpi telah pergi
Membawa hatiku
Yang asyik dalam buaian puteri
Yg tertipu di jarum peniti
Benang kabut mimpi
Sulam jejari naluri

Buat mimpi ini ...
Sama saja jaga dan mimpi
Aku tiada juga ....

Nukilan SuaraSenyap
21.6.2012
2.36 am

AMANAT YANG MENGELIRUKAN ....

Tika amanat ini berkumandang di bumi Malaysia
Tersentap seluruh jiwa dek bakaran semangatnya
Terkaku seketika pejuang agama
Terdiam seketika jiwa-jiwa yang terbuka

Amanat ini amat merbahaya
Menghukum saudara terpisah kerana politik
Hilang kasih sayang junjung jiwa bangsa
Terhapus rasa silaturrahim yang telah lama dibina

Apa akibatnya?
Sembelihan UMNO dihukum haram
Nikah UMNO di kira batal
Ada kisah tak tunai haji kerana Tabung Haji syubhat pula
Berpuluh tahun ada yang tidak solat Jumaat kerananya
Putus saudara ibu dan bapa
Pulau memulau dianggap kebenaran

Jiwa bangsa berkocak melihat akibatnya
Wujud munafik penentang bahagia
Hukum agama dilontar di belantara
Fatwa dimain merata-rata
Ulamak yg benar dihina cerca

Kiambang hati tak mudah bertaut
Agama dimain sewenangnya
Dipusing kata hanya kerana politik
Bahkan sesat jiwa yg terdiam

Ayuh kembalilah ....
Nyatakan benar bukan sengketa
Kita seagama,sebangsa,sebahasa
Mungkin keturunan bagai susur akar berpunca

Adakah menghukum itu langkah bijaksana?

TAHUKAH ANDA MENGAPA PENGIKUT PAS MENJADI GANAS?

Diantaranya kerana:- 

1.Amanat Hadi Awang
Tak pernah ditarik balik oleh Hadi Awang hingga kini. Menyebabkan hukum kafir mengkafir jadi tunjang menguatkan penentangan mereka kepada UMNO/BN.Akan diperkuatkan setiap kali DEKAT PRU. 


2.Bai`ah dan Sumpah Setia 
Bai`ah atau sumpah setia berlangsung dalam setiap kelompok mereka.Dari atas sampai bawah.Bahkan kalangan pelajar dan anak muda yg tak mengundi turut mengangkat sumpah setia ini.Orang agama ramai yang terlibat dengan bai`ah ini.Dan tak hairanlah jika sikap mereka mengelirukan.


3.Seruan Jihad 
Bagi mereka melawan UMNO/BN adalah jihadul akbar.Mengangkat senjata atau mengundi.Keadaan kini menyebabkan mereka memilih di atas pentas politik.Menghasut rakyat membenci UMNO.Dengan apa cara sekalipun.Menghalalkan fitnah dan tipu daya.



4.Kena main dengan Pemimpin/Ulamak mereka
Pemimpin mereka yg taksub politik dan ilmu sendiri.Sebab itu kenyataan mereka tak pernah seiring.Kerap berubah-ubah.Dasar yg tak berubah ialah menentang UMNO/BN.Dan mereka juga telah dipermainkan oleh Anwar Ibrahim dengan ketara sekali.



5.Gila Putrajaya
Dulu mereka kutuk Tun Mahathir.Kata membazir.Kini baru mereka sedar Putrajaya indah dan cantik.Pusat pemerintahan ini jadi igauan pemimpin mereka.Senang kata mereka sedang gila kuasa.



6.Fahaman dalam PAS
Dalam PAS ada Syiah,Khawarij,Wahabi dll.Terkini puak liberal dpt mempengaruhi PAS agar menyetujui kalimah Allah diguna oleh bukan Islam.Membenarkan pihak kafir mengulas dan memberi pandangan agama serta membenarkan ayat al quran dibaca oleh orang kafir sewenang-wenangnya.



7.Sudah kena beli
DAP dan PKR byk duit.Beli PAS yg hanya banyak bergantung duit derma,sedekah masa ceramah je.Bahkan duit riba pun jadi sumber nak menangkan pilihanraya.Banyak orang PAS tak jujur dengan amanh duit ini.Contohnya Tabung Memali dan Kohilal.Senyap tanpa berita.
Kerana duit pertahan la setengah mati siapa yang bagi duit.


PAS bakal hancur

Monday 18 June 2012

INGAT-INGAT ....

Ingat anak bangsa ku
Jangan disokong pemimpin yang munafik
Berjanji seribu kota impian
Tapi nyata hanya khayalan

Ingat lagi bangsaku
Jangan disokong mereka durhaka
Kepada bangsa kepada negara
Kepada Sultan dan Memanda
Mencerca negara di medan dunia
Menghina negara sewenang-wenangnya

Ingat anak bangsaku
Fikir cara terbuka jangan alpa
Pembangunan kini siapa yg usaha
Bukan dgn janji semua jadi nyata
Biasanya yg banyak bicara
Kosong.... belaka

Ingatlah anak bangsa
Warisan sentosa digenggaman kita
Tanah merdeka besar amanatnya
Bukan untuk main-main saja

Kerana bumi Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Tiada tanah lain di dunia milik kita
1Malaysia milik kita
Pertahankan dengan jiwa waja
Tolak mereka yg berdusta
Menjanji segala tipuan yg nyata
Sikap laku buruk dan hina
Mulut celupar menghina bangsa
Agama jua dimainkan sengaja
Semata undi Islam tak diutama

Gila .... gila ...gila ...
Akan Putrajaya ......
Lupa siapa pemimpin mereka?
Lupa ikatan syahadah yang sama?
Lupa bangsa lupa bahasa?
Lupa musuh petualang negara?
Hanyut dengan mimpi perdaya

Berjanjilah saudaraku...
Sokong siapa yang nyata termercu
Dalam sejarah tak pernah menipu
Harmoni negara jasa untukmu
Sentosa negara muhibbah dipadu

Undilah Barisan Nasional .....

Nukilan
Suara Senyap
18.6.2012

DODOL PEKAT DAN LIAT

Dodol yg pekat dan liat
Melekat di gigi palsuku
Mengganggu rasa selesa ku


Tp nyaman sekali utkku menggunyahnya
Dodol yg pekat dan liat
Enak sekali dimakan
Walau menyusahkan diriku

Kerna aku tahu...
Kejadianmu..
Sedap jika memang pekat dan liat
Kalau tak pekat?
Kalau tak liat?
Dodol tu tak kick le..

Nukilan SuaraSenyap
18.5.2012

LIDAH DI MULUTMU

Lidah di mulut mu
Kerap benar berjanji
Asyik benar berdusta
Sedapnya membikin cerita


Hati ku ....
Sakit terpedaya
Menahan nestapa
Meredap kecewa
Luka dan luka

Mengapa memperdaya?
Insan yg terpecaya
Yg mengharap bahagia
Yg meyakini propaganda
Yg menghornati wibawa

Lupakah?
Akan dosa
Kata nista
Munafik..

Siksa azab neraka

Luka di hati tak dapt dilihat di mata
Bisa menggores perit terasa.

Aku tahu..
Bukan salah lidah dan mulutmu
Tp jiwa kotor itu tak bisa diampuni .... 



Nukilan SuaraSenyap 
19.5.2012

AKU KELIRU ....

Aku keliru...
Antara dusta dan nyata
Antara bicara dan ternganga
Antara bunga dan kumbang
Antara gadis dan janda
Antara nakhoda dan anak kapal
Antara malam dan siang
Antara keras dan kelembutan
Antara pencinta dan pendusta
Antara pembela dan durjana
Antara gerak dan diam
Antara berita dan rahsia
Antara jauh dan dekat
Antara siang dan malam
Antara sunyi dan keriuhan
Antara kata2 dan tipudaya
Antara setia dan curang
Antara langit dan bumi
Antara dia dan aku
Antara 2 yg terpisah

Dan antara segalanya...
Kerana pemisahnya...
Adalah antara itu jualah...



Nukilan SuaraSenyap
19.5.2012

BILA PENCERAMAH BERSUARA

Bila penceramah bersuara...
Terdiam kaku pendengarnya
Menanti kalimah2 yg pelbagai rupa
Hujjah dan fakta berbaur sentiasa


Bila penceramah bersuara
Ada janji ada noda
Ada bangkangan dan jua sokongan
Ada selitan penuh harapan
Mungkin kisah semalam dan kini
Atau bayangan yg hampir mendekati

Bila penceramah kian meraikan
Raya yg hampir tiba
Penuh cerita bahan seloka
Mungkin ancaman munggugah bangsa
Atau fitnah merosak jiwa
Menyentap sejarah terlakar sudah
Membawa diri berkhayal sendiri

Atau .... 
Angkara musuh yg tak dikenali
Mungkin jua biasan hati yg diselaputi...

Atau .... 
Kerisauan yg menggigit nadi
Merobek damai yg dipadu janji
Menggenggam jejari mengetap tetap

Atau.... 
Suara yg akan menanti utk didegari
Suara senyap yg tak berbayang
Membelah sunyi yg menanti utk dimanjai...

Atau ......
Bila penceramah bersuara
Terlalu padat kata dan irama
Membuai rasa mambangun jiwa
Menyedar diri yg khayal tertawa
Bertaut kembali kasih yg hilang
Bangkit kembali nasib yg malang
Taubat diri dosa yg disandang

Bila penceramah......
Ops .......
Sabar dulu bro .....
Mic nya belum dipasang.Org tak dapat dengar pun..

Oh...penceramah pun tak perasan.
Hmmmm....

Manusia mudah lalai. 


Nukilan SuaraSenyap 
20.5.2012

KAMU TAHU


Kamu tahu?
Apa yg kamu tahu?
Apa yg kamu tak tahu?
Apa yg aku tahu?
Apa yg aku tak tahu?

Apa yg aku tahu kamu tak tahu?
Apa yg kamu tahu aku tak tahu?
Apa yg kita tak tahu?
Apa yg kita tak tahu?
Apa yg kita tahu yg kita tak tahu?
Apa yg kita tak tahu yg kita tahu?
Benar2 yakin dgn apa yg diketahui?
Atau mengaku sja tak tahu
Mungkin tahu .....
Apa yg tak tahu itu tahu dalam tahu
Atau tak tahu apa yg tak tahu...
Kalau tak tahu kenapa tak tanya?
Kalau tahu kenapa tak cerita?
Mungkin .....
Tak tahu......... 

Nukilan SuaraSenyap 
21.5.2012

KAIN KAFAN PUTIH

Kain kafan putih
Pakaian terakhir ku
Utk bertemu Ilahi
Bersemadi dalam bumi
Bila ku pakai...
Segalanya kutinggalkan
Ibu yg kusayang ...
Ayah ...
Isteri yg ku cinta ...
Anak2 yg ku manjai
Teman,rakan,sahabat ....
Yg ku sayang yag ku cinta
Pangkat yg ku sandang
Amanah yg di pikul
Rumah yg indah
Penghormatan yg diberi
Kenderaan yg meyelesakan
Enak yg ku rasa
Indah yg ku pandang
Sedap yg ku rasa
Syahdu yg ku dengar
Lapang yg ku nikmati
Damai yg ku hayati
Bah kan segalanya.......
Ya ... terpaksa ku tinggalkan
Demi redha ketentuan Ilahi
Aku menanti ...
Utk memakai pakaian terakhir ini
Kerana aku seorang hamba yg hina
Syukur Alhamdulillah...



Nukilan SuaraSenyap
21.5.2012

SATU TITIK DI LEMBARAN PUTIH

Satu titik di lembaran putih
Dianggap cemar 
Dianggap noda
Dianggap mata atau permata
Di sanjung lebih dlm medannya
Ditumpu mata
Dianggap cahaya
Diambil hikmahnya
Di hurai maksudnya
Difaham iktibarnya
Di simpan rahsianya
Dibiar biasannya
Dibicara kehebatannya
Dirungkai matlamatnya
Dinilai harganya
Difikir imiginasinya
Dihujjah pandangannya
Disyarah matannya
Disimpan rahsianya
Dibelenggu akibahnya
Direnung isinya
Di pecah bentuknya
Di bicara hukumnya
Di ambil iktibarnya.....

Lembaran putih yg luas juga bermakna?
Tiba2 lembaran putih bertitik hitam
Hilang....


Nukilan Suarasenyap
21.5.2012

TIDUR DAN JAGA

Tidur ?
Jaga ?


Tidur !
Jaga !


Tidur ...
Jaga ...

Tidur.
Jaga.

"Tidur"
"Jaga"

Tidur jaga?
Jaga tidur?

Tidur tidur jaga ..
Jaga jaga tidur ...

Tidur jaga tidur
Jaga tidur jaga

Tidur, tidur, tidur
Jaga, jaga, jaga

Siapa tidur ?
Siapa jaga?

Eh..tidur ye...
Oh.. jaga ya

Jaga-jaga ...
Mmmmm..... tidur-tidur ...

Ah... nak tidur..
Ha .. aahh ..... dah jaga.
...........



23.5.2012

CITE LU SAMA WA (GUA)

Lu tau apa psl itu cite?
Wa tau la ape2 cite


Lu tau ape cite?
Wa tau la ....


Lu cite la ...
Wa ape kisah ...

Lu manyak susah oooo..
Wa talak kisah punya

Lu sudah susah lagi mau pikir susah ka?
Ade wa kisah .....

Lu pikir la sendiri ....
Wa memang tak mau fikir lu punya hal

Apasal lu sibuk aaaa ....
Wa punye suke leee...

Lu ingat lu saja mau suka?
Wa senang lu apa kisah

Lu manyak susah laaaa....
Wa suke ..

Lg lu mau bising ka?
Wa tau la ....

Lu tau ape?
Wa tau lu tak tau punya

Lu byk bisa aaaa...cakap
Wa cite je ....

Ooooo lg wa tak faham ....
Lu tak faham ka?
Wa pun tak faham.

Hehehehehehehe....

(sekian lah cite nye)

27.5.2012

AYAH .... AKU RINDU PADAMU


Ayah ...
Walau sudah bertahun kau meninggalkan aku
Tp hati terasa sebentar cuma
Bagai mimpi smlm yg tak pernah disangka


Ayah ...
Aku bagai ingin kau kembali
Mendengar segala duka nestapaku
Mengadu perit derita hidup yg sedang kulalui
Mengharap pandangan utk memandu
Kehidupan yg lebih ....

Ayah ...
Ingin ku tunjukkan kepadamu..
Cucu-cucu mu yg sudah kian dewasa
Mencipta kejayaan dan bahagia
Memetik warna2 pelangi yg indah

Ayah ...
Rupa ku kian tampak sepertimu
Uban2 putih meliar tumbuhnya
Dan diri ku mulai kian lemah

Apakah .... ?
Aku jua akan menjegah..
Jejak2 yg telah kau tinggalkan
Perjuangan yg kau wariskan
Aqidah dan adat yg dipertahankan

Ayah ...
Dunia kini berbeza semasa kau masih ada
Cabarannya luar biasa menghimpit jiwa

Ayah ...
Jika kau ada lagi,
Pasti kau tertanya
Apakah anak2 bangsa sudah terlupa
Resam budaya dan pegangan agama
Akhlak pekerti dan halus bahasa

Ayah ....
Rindu sungguh hati kpdmu
Mana mungkin masa di undur
Kerna aku jua akan menjadi seperti ayah
Meninggalkan alam fana ini ....
Ayah tunggulah daku.

(Al Fatehah utk semua ayah2 umat Islam seluruh dunia yg telah meninggal dunia)

Nukilan Asofi
24.5.2012

PELITA


Masih ku ingat
Kala zaman yg berlalu pergi
Pelita ini ....
Meneman diri ini
Melalui malam yg bukan kelam
Tp gelap gelemat dlm kesunyian dan kepahitan

Saat itu ...
Malam memeluk diriku
Dengan ketakutan yg mendamaikan
Kesunyian mendampingi ku

Oh .....
Saudaraku tika itu
Turut mengelilingi pelita itu
Mengharap cahaya bahagia
Menguatlkan ukhuwah silaturrahim
Sekukuh hati bagai terpatri

Pelita itu ....
Memberi seribu kenangan
Melambatkan masa yg berjalan
Mendamaikan hati yg gersang
Menerang hati yg penuh bahagia

Pelita itu ...
Amat ku hargai bila senja berlabuh
Sumbu yg rosak kan ku ganti
Agar damai malam tak akan tergugah
Moga indah hari2 yg menjegah

Tapi kini ...
Pelita itu sudah hilang
Atau terperosok di dalam khazanah
Masa masa pantas berubah
Jiwa ganas menongkah tenangnya
Riuh rendah hati yg derita
Kerna kegelapan di tengah cerah

Oh ....
Dimana pelita itu?
Bukan cahaya yg dihajati
Tp kenangan abadi ingin ku ulangi.....
Nukilan Asofi
1.6.2012

API YANG KECIL



Api yg kecil di tapak tangan
Tampak indah menghilang kegelapan
Bagai menyambut keriangan malam
Bagai penerang penghias kerinduan
Api yg kecil itu..
Jangan dilupakan..
Bisa menyakitkan tangan itu
Juga membakar seribu hati
Bikin gerhana satu negeri
Menggoyang ummah yg bersatu hati
Menolak kebenaran yg telah dipuji
Menggugat jiwa bangsa yg tlh terpatri
Membunuh jiwa yg tak pernah disadari
Menghukum pemimpin pejuang sejati
Mengangkat dajjal yg dilaknati
Mempermenang syaitan yg telah berjanji
Ah.....
Api yg kecil...
Mungkinkah akan disedari ?
Bisanya sama saja ....
Membakar dan menyakiti
Cepat...cepat...cepat..
Padamkan api itu
Yg dimainkan
Yg dipermainkan
Yg memainkan
Api...api...api...
Membakar lagi...
Aduh....
Api ditapak tangan
Menyakitkan....

Nukilan Asofi
24.5.2012

BILA BULAN BERBICARA



Bila bulan bicara
Banyak ceritanya
Yg telah berlalu
Ditelan zaman dan usia
Yg terlepas pandang
Dilupa ramai manusia
Hilang ...
Bagaikan kabus semalam

Bila bulan berbicara
Dia akan bertanya
Mengapa bulan tak dirindui pungguk lagi?
Apakah pungguk berubah hati?
Sudah ada pengganti?
Atau purnama tak indah lagi?
Cahayanya tak damaikan hati?

Bila bulan bicara
Suaranya terpingga-pingga
Gambarnya dah jadi poster
Siang malam menghias buana Malaysia
Di atas pokok tinggi bendera wajahnya
Entah apa maknanya?
Malam tetap kelam kerna bulan tu tak bercahaya
Hanya mainan politik belaka
Gambarnya bulan kah? Panadol?

Bila bulan bicara
Adakah cahayanya sudah hilang dlm keributan senja
Tak menjadi petunjuk sang musafir malam 
Yg meredas malam menghidupkan
Pintu ibadah atau tafakur
Yg mulai terkunci rapat
Oleh cahaya neon yg merentas masa
Menutup hati yg lupa sirna cahaya bulan purnama

Bila bulan bicara
Masa kian menjelma
Tahun meragut saat tuaku
Musim membawa saat tibanya
Kerna bulan pun makhluk jua
Sampai qiamat jatuh hancur ditelan sangkakala
Taqdir tuhan penentu segalanya

Bila bulan bicara.....
(Hoi .... kalau bulan tu boleh bercakap dgn hang tanda nak masuk wad la tu....
Berbicaralah dgn diriku dan dirimu)

........ Ya ka?

Nukilan Suarasenyap

18.6.2012

KERANA MULUT



Kerana mulut badan binasa
Kerana mulut fitnah memperdaya
Kerana mulut jiwa merana
Kerana mulut hati sengsara
Kerana mulut hilang segala
Kerana mulut orang tertanya
Kerana mulut baru ternganga
Kerana mulut hilang sentosa
Kerana mulut putus saudara
Kerana mulut hancur negara
Kerana mulut punah sejahtera
Kerana mulut fitnah berleluasa
Kerana mulut perut buncit puncanya
Kerana mulut sedap rasanya
Kerana mulut memang berbisa
Kerana mulut punca jambannya
Kerana mulut keliru fatwanya
Kerana mulut keluar passwordnya
Kerana mulut zahir seranahnya
Kerana mulut celupar jadinya
Kerana mulut diri terpedaya
Kerana mulut janji terbina
Kerana mulut mungkir jadinya
Kerana mulut sedap katanya
kerana mulut ada rancangannya
Kerana mulut hebat jahatnya
Kerana mulut jadi lakunannya
Kerana mulut enak suaranya
Kerana mulut rakyat sengsara
Kerana mulut pemimpin berjaga
Kerana mulut siap buat kerja
Kerna mulut hati2 akibatnya
Kerana mulut zahir dajjalnya
Kerana mulut tertutup kebenarannya
kerana mulut meletup angkuhnya
Kerana mulut nantikan hukumannya
Kerana mulut ......
Macam2 lagi

Mulut jua ada di jari dan maya ini
Eh .... di kaki ada tak?

Nukilan rasa SuaraSenyap



18.6.2012