Labels

Monday 2 July 2012

INI MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU

Ini tanah tumpah darahku
Yang ku kasih dan sayang
Tempat aku dilahirkan
Di tanah ini aku dibesarkan
Disini aku mendapat kegala kenikmatan
Kebahagiaan dan keharmonian
Melihat langit terbentang luas
Menjamah bumi yang dikurnia Ilahi

Ini tanahairku
Ditaqdirkan hidup bersama-sama
Tak kira bangsa dan bahasa ibunda
Berlainan agama bersama menjaga
Harmoni dan bahagia membina 1Malaysia

Bumi Malaysia tercinta
Telah bergerak deras menuju arus masa
Bangun memacu kejayaan yang dibangga
Negara membangun yang dicontohi semua
Berkat usaha gigih pemimpin yang ikhlas
Raja memayung kedaulatan negara
Perwira hulubalang jangan dilupa
Mencipta nama dipersada dunia ...
Namun dibumi ini ...
Tetap ada musuh khianatnya
Cuma meracun merosak minda rakyat jelata
Sejarah cuba dirobek dek tanpa rasa berdosa
Nilai harmoni cuba diwarna dengan kata fitnah belaka
Musuh itu tak pernah tidur mahu pun leka
Dihambur dengan cerita yang direka-reka
Sedikit demi sedikit budaya dan jiwa Malaysia
Dirungkai mereka dengan janji manis pembohong belaka

Ingat wahai warga .....
Tiada lagi tanah bertuah ini untuk tuan hamba
Mana tanah merdeka yang dapat disama
Dengan kurnia yang tuhan telah kurnia
Saksikan indahnya negara tercinta
Banyak berjasa dan unik kehidupannya

Jangan dirungkai janji setia
Jangan dipisah taat setia budaya
Jangan dihancur muhibah sesama kita
Jangan dilayan racun pendusta
Jangan berdiam ketawa dek kisah lebai malang
Jangan dikhyal dengan mimpi-mimpi sian Mat Jenin
Jangan diimpi semangat juang Jebat derhaka
Jangan termakan fitnah Si Kitol
Jangan terbuai dengan dunia orang kata ...

Jangan lupa jua pesankan kepada anak bangsa
"Ini tanahair kita.Jagailah bersama dengan Jiwa yang Merdeka"

1 comment: