Labels

Tuesday 22 January 2013

BILA FIKIRKU TERHENTI


Mungkin diri tidak upaya
Menjangkau  warna-warna taqdir yang terjalin
Merampas kemelut dakwat warid-warid
Yang menjunjung perintah Ilahi
Dalam ungkapan yang tersembunyi

Mungkin akal tak mengerti
Nilai-nilai antara bala dan nikmat
Bukan cukup untuk dikupaskan
Faham belum bermakna mengerti
Jelas bukan bererti memahami

Bila fikir telah terhenti
Hanya saksi lagi menyaksi
Tanpa mengerti erti
Jauh tersembunyi diri ini

Tanpa rasa akal menjelma
Membawa pagutan ungkapan rasa
Jauh menjangka namun punah segala
Merisik mimpi yang bukan sekata
Di antara jalur nyata atau khayal belaka

Cukup untuk diketahui
Setakat titik air jatuh kebumi
Akal tersembunyi ungkapan tak bererti
Silau dunia menghancur hati

Ah …..
Akal terhenti
Di atas batas faham dan erti
Namun cukup
Cukup ….

Setakat ini….

Nukilan
SuaraSenyap
17.12.12

No comments:

Post a Comment