Labels

Friday 6 July 2012

RAHSIA DUKA KU


Mungkin kau ketawa
Mungkin jua kau tersenyum
Jika aku bongkar rahsia duka ku

Betapa bahagia aku bersama alam
Siang dan malam
Melihat indahnya kurnia Tuhan
Langit yang saujana mata memandang
Tilam empuk ku hanya bumi yang gersang

Lagu pujaan ku hanya herdikan dan cacian
Makanan ku hanya sisa yang mereka buangkan
Duka ku hanya kisah yang telah lama dipinggirkan

Wang ringgit bagi ku hanya kertas-kertas kosong yang tak bernilai
Rumah ku di mana saja tuhan letakkan
Impian ku hampir tiada dalam kenyataan

Mungkin aku dihina dan di cerca
Tapi aku bahagia dan redha ...
Kerana aku tidak pura-pura
Segalanya aku terima dengan terbuka
Ku buktikan dengan tawa ku yang tak pernah perpadam

Mungkin bila maut menjelma
Aku menanti saat bahagia
Adakah hidupku sama seperti ini jua
Harapnya aku lebih bahagia ...
Aku percaya ...

Nukilan SuaraSenyap
7.7.2012

No comments:

Post a Comment