Labels

Monday 25 June 2012

Bicara Tuah dan Jebat ....


Hei Jebat, lebih baik kau turun dari istana
Pertarungan kita hilang saudara
Musuh hamba petualang negara
Bukan itu pilihan jiwa
Taat setia janji perwira
Tak usahlah kau mendabik dada

Abang Tuah ...
Rindu sungguh hati hamba
Kepada saudara yg hamba mulia
Derhaka diriku kerana membela
Inaya durjana terhadap saudara
Membela hamba atas nama keadilan
Dengan pembalasan dengan kedurhakaan
Walau pun dengan pemerintahan sultan
Tetap hati kuat memperjuangkan
Apa cara janji kemenangan
Tekad kebenaran jadi taruhan
Biar diri akan dipersalahkan
Durhaka untuk membela kebenaran

Jebat ....
Dirimu telah durhaka
Taat raja satu kewajipan
Cara durhaka bukan mainan
Untuk menjadi jaguh perjuangan
Bangsa kita taat kan raja
Dituntut jua dalam agama
Menghalalkan cara yang haram tindakannya
Hanya merosak iman dan bangsa

Abang Tuah ...
Pedih sungguh keris Taming Sari
Menikam dalam di lubuk hati
Musnahnya diri kerana mencintai
Saudara yang tidak terbela lagi
Biar diri termusnah kini
Di tangan saudara yang ingin diadili
Balutkan luka di perut ini
Akan ku amuk serata negeri
Agar terbalas kesumat hati
Dendam ini tak semua mengerti
Bumi Melaka kan berdarah seisi

Jebat ... Jebat ...
Fahamilah kenyataan ini
Engkau tercatat perwira durhaka
Membela semata ukuran rasa
Akal dan agama nyata bicara
Taat raja sayangkan bangsa
Nusa tetap perlu dibela
Bukan merosak seluruh negara
Hanya sedikit mengharap cita-cita
Memusnah jiwa merosak segala

Aku tetap bangsa Melayu
Yang tetap setia kan Raja
Berkorban segala atas amanah
Rakyat menjunjung raja yang mulia
Agama jua menuntut haknya
Hilang saudara janji sejahtera
Bumi Melaka Gemilang Sejahtera

Tuah ..... Tuah ...
Ah .... bisanya luka ini ...
Aku merasa akan muncul lagi Jebat durhaka
Bila masa beredar .....
Apakah mereka akan dihukum oleh mu lagi Tuah?

Nukilan SuaraSenyap
26.6.2012

No comments:

Post a Comment