Labels

Monday 18 June 2012

INGAT-INGAT ....

Ingat anak bangsa ku
Jangan disokong pemimpin yang munafik
Berjanji seribu kota impian
Tapi nyata hanya khayalan

Ingat lagi bangsaku
Jangan disokong mereka durhaka
Kepada bangsa kepada negara
Kepada Sultan dan Memanda
Mencerca negara di medan dunia
Menghina negara sewenang-wenangnya

Ingat anak bangsaku
Fikir cara terbuka jangan alpa
Pembangunan kini siapa yg usaha
Bukan dgn janji semua jadi nyata
Biasanya yg banyak bicara
Kosong.... belaka

Ingatlah anak bangsa
Warisan sentosa digenggaman kita
Tanah merdeka besar amanatnya
Bukan untuk main-main saja

Kerana bumi Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Tiada tanah lain di dunia milik kita
1Malaysia milik kita
Pertahankan dengan jiwa waja
Tolak mereka yg berdusta
Menjanji segala tipuan yg nyata
Sikap laku buruk dan hina
Mulut celupar menghina bangsa
Agama jua dimainkan sengaja
Semata undi Islam tak diutama

Gila .... gila ...gila ...
Akan Putrajaya ......
Lupa siapa pemimpin mereka?
Lupa ikatan syahadah yang sama?
Lupa bangsa lupa bahasa?
Lupa musuh petualang negara?
Hanyut dengan mimpi perdaya

Berjanjilah saudaraku...
Sokong siapa yang nyata termercu
Dalam sejarah tak pernah menipu
Harmoni negara jasa untukmu
Sentosa negara muhibbah dipadu

Undilah Barisan Nasional .....

Nukilan
Suara Senyap
18.6.2012

No comments:

Post a Comment