Labels

Wednesday 20 June 2012

AMANAT YANG MENGELIRUKAN ....

Tika amanat ini berkumandang di bumi Malaysia
Tersentap seluruh jiwa dek bakaran semangatnya
Terkaku seketika pejuang agama
Terdiam seketika jiwa-jiwa yang terbuka

Amanat ini amat merbahaya
Menghukum saudara terpisah kerana politik
Hilang kasih sayang junjung jiwa bangsa
Terhapus rasa silaturrahim yang telah lama dibina

Apa akibatnya?
Sembelihan UMNO dihukum haram
Nikah UMNO di kira batal
Ada kisah tak tunai haji kerana Tabung Haji syubhat pula
Berpuluh tahun ada yang tidak solat Jumaat kerananya
Putus saudara ibu dan bapa
Pulau memulau dianggap kebenaran

Jiwa bangsa berkocak melihat akibatnya
Wujud munafik penentang bahagia
Hukum agama dilontar di belantara
Fatwa dimain merata-rata
Ulamak yg benar dihina cerca

Kiambang hati tak mudah bertaut
Agama dimain sewenangnya
Dipusing kata hanya kerana politik
Bahkan sesat jiwa yg terdiam

Ayuh kembalilah ....
Nyatakan benar bukan sengketa
Kita seagama,sebangsa,sebahasa
Mungkin keturunan bagai susur akar berpunca

Adakah menghukum itu langkah bijaksana?

No comments:

Post a Comment